Tuan Haji Khirul Anuar Lakimin melapor diri di SAM Muhammadiah Pekan Sabak sebagai Pengetua baru

Pelajar-pelajar Tingkatan 1 membaca Ikrar Pelajar selepas sesi Taklimat Pengambilan Pelajar baru

Tn Hj Khirul Anuar merasmikan Sudut Pidato SAMMPS

Lima peserta yang mewakili SAMMPS berjaya beroleh kedudukan 20 peserta terbaik dalam Merentas Desa MSSD Sabak Bernam

Sebahagian pelajar-pelajar yang beroleh keputusan Mumtaz dan Jayyid Jiddan dalam Peperiksaan SMA 2018

Friday 1 February 2019

TAWARAN PROGRAM RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA-YAYASAN SELANGOR (RKPYS) BAGI PENGAMBILAN TINGKATAN 1 SAMMPS 2019



Pihak sekolah telah menerima tawaran daripada Yayasan Selangor bagi memilih seramai 20 orang pelajar Tingkatan Satu SAMMPS untuk diserap sebagai pelajar program RKPYS.

Kriteria yang diperlukan bagi mereka yang ingin memohon adalah seperti berikut
  1. Pemohon dan ibu bapa adalah warganegara Malaysia
  2. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di negeri Selangor atau pemastautin di negeri Selangor   sekurang-kurangnya 10 tahun
  3. Lulus Semua Mata Pelajaran dalam UPSR 2018 dan mendapat sekurang-kurangnya 2A
  4. Pendapatan per kapita keluarga kurang RM 2000 sebulan (Pendapatan per kapita = jumlah pendapatan ibu+pendapatan bapa / bilangan tanggungan )
  5. Pemohon merupakan pelajar yang tinggal di asrama.
Manfaat sebagai pelajar program RKPYS
  1. Kelas tuisyen Yayasan Selangor
  2. Biasiswa (sekiranya layak)
  3. Program-program peningkatan akademik dari pihak Yayasan Selangor
  4. Program-program bimbingan dan peningkatan jati diri dari pihak Yayasan Selangor
  5. Anugerah dan insentif bagi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam dan kokurikulum
  6. Faedah-faedah lain sebagai alumni pelajar Yayasan Selangor seperti kemudahan pinjaman/biasiswa pengajian tinggi dan lain-lain program bantuan Yayasan Selangor
Bagi yang ingin memohon, anda boleh muat turun borang pada pautan di bawah. Sila lengkapkan bersama salinan dokumen yang diperlukan dan hantar kepada pihak sekolah selepas cuti Tahun Baru Cina iaitu pada 11 Februari 2019.

Semua pemohon akan dinilai oleh pihak sekolah untuk dimajukan kepada pihak Yayasan Selangor.

Sebarang kemusykilan boleh hubungi Penyelaras Yayasan Selangor SAMMPS, En Mohd Azhar di talian 0193560307.



Tuesday 29 January 2019

SAM Muhammadiah terima Pengetua baru




SAM Muhammadiah menerima Pengetua baru, Tuan Hj Khirul Anuar bin Lakimin selepas Pengetua sebelum ini Puan Jamaah binti Shahbuddin bersara pada November tahun lalu.

Tuan Hj Khirul Anuar sebelum ini berkhidmat sebagai Pengetua di SAM Bagan Terap.

Beliau memulakan tugas di SAM Muhammadiah pada 7 Januari 2019 yang lalu.

Seluruh warga SAM Muhammadiah mengalu-alukan kehadiran Tuan Hj Khirul Anuar bin Lakimin untuk membawa SAMMPS terus maju sebagai sekolah yang cemerlang dalam semua aspek.


Tn Hj Khirul Anuar ketika melapor diri di SAM Muhammadiah Pekan Sabak
disaksikan Penolong-Penolong Kanan dan Ketua Pembantu Tadbir.